Mizuhashi Shinichi

Mizuhashi Shinichi
Created by ME for a reader best knowledge

Thursday, November 28, 2013

Cara Buka Akaun Main Saham di Bursa Malaysia

Post saya hari ini adalah ingin berkongsi cara melabur dengan bijak dan bagaimana untuk melabur? Tidak ramai yang tahu bagaimana orang kaya boleh menjadi kaya, kerana mereka banyak mengetahui ilmu yang orang miskin tidak tahu,sebagai contoh cara mereka mengembangkan duit dengan cara pelaburan. Ini adalah cara untuk invest di dalam Bursa Malaysia.


Main saham di Bursa Malaysia.


Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL.
Jadi, kalau dengar orang masih sebut BSKL maksudnya dia dah ada pengalaman lama tu, yang mana dulu 1 lot = 1000 unit. Tapi sekarang ni 1 lot = 100 unit.
Nak jual beli saham mesti melalui melalui syarikat broker. Individu yang mewakili syarikat broker ni dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen manakala dealer dapat gaji. Dulu kena telefon, sekarang boleh trade online melalui platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Nak guna tablet, iPad, smartphone pun boleh.
Barangsiapa yang beli saham tanpa melalui syarikat broker, ketahuilah dia telah ditipu.
Maka nak main saham sila buka trading account dengan syarikat broker terlebih dahulu.

Langkah 1

Pergi ke website Bursa Malaysia dan cari syarikat broker yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan. Sama ada nanti senang nak keluar masuk duit, yang kita suka online trading platform dia atau yang caj komisyen rendah. Sila klik di sini untuk melihat senarai syarikat broker yang sah.

Langkah 2

Semak sama ada syarikat broker kita tu ada tawarkan Islamic trading accountke tidak. Syarikat broker saham ada banyak, tapi yang tawarkan Islamic trading account ni bukan semua. Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai syarikat broker halal atau semak dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bahagian Islamic Capital Market (ICM).

Langkah 3

Setelah memilih syarikat broker halal yang kita mahu, maka sila pergi ke pejabat broker, bawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, penyata akaun bank dan sediakan RM 10 untuk tujuan buka trading accountdan CDS account.
Akaun CDS  atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account tetapi cuma perlu ada 1 akaun CDS sahaja. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.
Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda. Trading online macam mana. Brokerage fee macam mana. Bayaran dividen nanti macam mana. Dan seterusnya.

Langkah 4

Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja. Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker. Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga no akaun syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account.

Langkah 5

Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.
Modal yang diperlukan bergantung. Banyak buat cara banyak. Sikit buat cara sikit.
Kalau harga saham tu cuma 56 sen, maka modal yang diperlukan adalah:
RM 0.56 x 100 unit = RM 56 (1 lot) dan belum campur komisyen broker.
Kalau harga saham tu RM 56, maka modal yang diperlukan adalah:
RM 56 x 100 unit = RM 5,600, belum campur jumlah komisyen broker.

Kesimpulan

Ada modal -> buka trading account menerusi syarikat broker -> masukkan duit dalam trading account -> mula jual beli saham.
blog sources : http://www.pakdi.net/
Sila ikuti perkembangan Pakdi, kerana beliau berkongsi ilmu saham yang lebih detail.

No comments:

Post a Comment