Mizuhashi Shinichi

Mizuhashi Shinichi
Created by ME for a reader best knowledge

Wednesday, November 27, 2013

Mari Mengamalkan Solat Dhuha (Fadhilat)

Pernahkah anda merasakan kekurangan dalam seharian anda?
Pernahkah anda merasakan tidak tenang pada hari anda?

Jawapan dan penyelesaian bagi semua masalah anda dengan mengerjakan Solat Dhuha.
Kepada yang masih tidak tahu apakah fadhilat solat dhuha, di sini saya ingin berkongsi bersama anda,
pengalaman diri sendiri setelah mengerjakan Solat Dhuha.

Saya bukanlah ustaz atau seorang bertauliah untuk berkhutbah di sini,namu tujuan saya adalah untuk berkongsi keajaiban Allah Azza Wajalla yang menimpa keatas diri saya.

KISAH DIRIKU
Saya seorang yang boros dan selalu kehabisan duit, apabila ingin membuat sesuatu pasti tidak akan menjadi.
Tapi saya hairan apabila melihat Emak saya, walau dalam keadaan tidak ada duit, masih ada rezeki yang masuk dari segi kewangan. Saya tanya kepada Emak apakah sebabnya, lalu Emak menyuruh saya mengamalkan Solat Dhuha. Saya mempelajari cara untuk mengerjakan Solat Dhuha, walaupun tidak pandai, tetapi islam itu mudah, buatlah apa yang termampu sambil mempelajari ilmu Allah.

Lalu setelah menunaikan Solat Dhuha, Allah telah menunjukkan kekuasaannya. Allah telah membuka pintu rezekiku dari pagi hingga petang. Rezeki yang tuhan bagi dalam bentuk kewangan,juga  Allah permudahkan segala urusan. Nikmatnya Solat Dhuha, semenjak itu saya tekad untuk cuba perbaiki diri dengan Solat 5 waktu juga mengamalkan Solat Dhuha

WAKTU MNGERJAKAN SOLAT DHUHA

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.



             Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:.

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:



DOA SOLAT DHUHA



FADHILAT SOLAT DHUHA


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).



No comments:

Post a Comment